PERSEDIAAN MASUK MRSM
Assalamualaikum semua. Harini terdetik nak cerita tentang MRSM yang selalu digahkan orang tu. Entry ni agak panjang sebab akak nak cerita detail(tak la detail sangat kot hehehe)
First sekali, akak nak ucap tahniah kepada adik-adik yang berjaya dapat tawaran kemasukan ke MRSM. Akak dulu MRSM PDRM batch, walaupun MRSM PDRM ni jauh berbeza dengan MRSM lain, sedikit sebanyak akak boleh dedahkan kepada adik-adik tentang kehidupan di sini :)
Nanti sebelum hampa masuk,hampa akan dapat list barang yang perlu bawak, so jangan risau okeyh.
Nanti sampai sana hampa akan nampak ada abang akak senior yang pakai blazer lawa-lawa jemput korang. Time ni rasa macam VIP tau hehehhehe. Yang tegur hampa tu selalunya BWP(Badan Wakil Pelajar). kalau diikutkan susunan darjat la kononnya dekat maktab(sini kita guna maktab tau,so biasakan diri),BWP paling tinggi.
1.BWP(Badan Wakil Pelajar)
2.LDP(Lembaga Disiplin Pelajar)
3.BADAR(Badan Dakwah dan Rohani)
4.JPA(Jabatan Pengurusan Asrama)
kiranya,BWP ni macam menteri la,penghubung pelajar dengan guru-guru.Segala masalah depa akan selesaikan. Lebih kurang macam tu lah.
Untuk asrama pulak,
MRSM PDRM ni duduk dalam apartment so nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab tak sama dengan asrama MRSM yang lain. Cuma nak bagitau, jangan risau kalau kena bangun awal-awal tu. Pukul 4 pagi bagai, bangun 5.30pagi macam tu pun still sempat. Akak dulu selalu bangun pukul 6 tau hahahah pecah temberang. pssst : dulu peraturan PDRM tak ketat lagi,sekarang kalau buat macam tu lompat cangkung la jawabnya hampa hahahha
Untuk pembelajaran pulak,
Cikgu-cikgu dekat MRSM tauuu. Kalau tak faham tanya ja, depa punya sayang dekat student sampai sanggup balik lambat tau sebab nak buat kelas huhuhuhu terharuuuu. Hormat lah guru,sebab keberkatan ada dekat depa. Tadak faedah pun nak kutuk-kutuk belakang,bukannya dapat apa pun.
Ada yang risau pasal duit bukukan,insyaallah guru-guru dekat sana akan tolong kalau kita tak mampu nak bayar.
Untuk kos pulak,
ada yang kata MRSM ni guna banyak duit. Sebenarnya tak banyak pun, dia jadi banyak sebab student sendiri yang pepandai nak buat baju persatuan la,baju batch la. Cikgu-cikgu okeyh ja sebab student pun okeyh. Tapi yang merana tu parents tauuuuu,kesian kami yang datang dari keluarga sederhana nih. Time ni lah 'communication' dengan kawan tu penting, kalau tak mampu bagitau ja tau,takyah malu-malu.
Bila datang sini, jangan belajar 24 jam ja macam ulat buku, ulat pun tak mau makan buku tau(merepek dahhh)
Join la apa ii aktiviti yang ada, nanti semua tu ada markah tau. Sekarang ni kita bukan nak budak pandai ja,sebab budak pandai tu dah ramai atas bumi niiiiii. Yang menariknya dekat MRSM nih, hampa berpeluang pergi luar negara tau kalau aktif,sebab tu la akak suruh aktif!!!
Ada yang dapat pergi Jepun sebab main rugby, ada yang pergi negara barat(lupa laa sorry) wakil Malaysia untuk progam robotik. Untung sapa yang dapat pi tauuu.
Berkenaan makanan,
Standard makanan asrama rasanya huhuhuhuhu faham kan( ni untuk kes kalau menu tu ikan la)
Tapi ada ja menu sedap ii macam chicken chop,nasi minyak bagai. Grand tak grand ahhahah.
Kalau jenis yang telan makanan bukan makan, jangan risau koop dan kafe adaaa. Hancurs diet tauuuuuuuuu :(
Hujung minggu,boleh outing tauuuuu
YEYEYEYEY boleh berbelanjaaaaaa,tapi jujur akak lebih suka duduk asrama bila hujung minggu.
Menghabiskan masa atas katil yang empuk la sangat tu sambil berbawang study dengan kawan ii hahhahahaha. Outing nanti dengan bas ikut turn,so takyah pening ii turn sapa minggu nih. Nanti ad pengumuman depa bagitau turn sapa minggu nih.
Apa yang menariknya dekat sini adalah depa ajar cara untuk jadi leader. Sebab tu ada jawatan macam BWP bagai tu. So jangan lepaskan peluang untuk mohon jawatan ii tinggi tu sebab kita dapat disiplinkan diri kita in advance :)
MRSM ni budak pandai ker?????
Semua ni atas kita. Kalau malas belajar,sia-sia ja datang. Kalau kita usaha, dapatlah hasilnya :)
Rasanya ni saja kot. Thank you sebab sudi baca panjang ii
Goodluck adik ii yang bakal belajar kat MRSM !!!!
Comments
Post a Comment